Tuesday 27 December 2016

SEARCH, SEARCH, SEARCH! PLEASE...


Bangsaku,
Terlalu lama tidurmu,
Enakkah mimpi-mimpi itu?
Malam berganti siang
Hilang hati dan perasaan

Bangsaku,
Di mana kerismu?
Masih bersarungkah ia?
Atau hanya satu hiasan semata
Terlupa di balik gerobok lama
Yang entah ke mana

Bangsaku,
CARILAH, CARILAH, CARILAH
Di mana keris keramatmu
Keluarkan dari sarungnya
Bukan dihunus ke langit biru
Mengajak manusia bersengketa
Atau bertikam kata

Bangsaku,
Tajamkan mindamu
Setajam kerismu
Perlimaulah hatimu
Dengan rasa ikhlas
Bukan kerana diri

Bangunlah,
Majulah bangsaku
Berjuang dengan gagah perkasa
Untuk terus
Merdeka, Merdeka, Merdeka!

~Ibrahim Shah, Dataran Merdeka, pagi, 31hb Ogos 2007~